Penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31

Acara FFM dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional atau FINAS. Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang baharu iaitu Prof Dr. Mohd Nasir Ibrahim mengambil alih tugas sebagai Pengerusi FFM daripada penyandang jawatan terdahulu Encik Ahmad Idham yang sempat menyelesaikan sebahagian besar persiapan penganjuran edisi kali ini ketika masih dalam jawatan. Beliau dibantu oleh pengarah projek FFM31, Puan Rozita Wati Ridzwan

Penyiar rasmi adalah Radio Televisyen Malaysia, bersiaran di saluran RTM2 dengan kerjasama rakan strategik BERNAMA, ASWARA dan Jabatan Penerangan Malaysia. FINAS juga mendapat tajaan berupa saguhati wang tunai untuk diberikan kepada penerima piala bagi setiap kategori.

Pasukan Penerbitan

  • Penerbit : Puan Rashidah Ali
  • Penerbit Bersama : Encik Alfarizal Hassan
  • Penerbit Eksekutif: Encik Ahmad Syazli Mohd Khair
  • Penerbit Penyelaras : Encik Jamaluddin Bakar
  • Suara Latar : Encik Khairul Anuar Azmi

Pengacara, Penyampai Anugerah dan Persembahan

Pengemudi acara:- Acara permaidani merah dikendalikan oleh Nazruddin Habibur Rahman dan Natasha Shamin; manakala acara kemuncak dikemudikan oleh Sharifah Shahirah dan Awal Ashaari.

Barisan penghibur:-

Barisan penyampai anugerah:-

Rujukan

WikiPedia: Festival Filem Malaysia ke-31 http://www.gempak.com/artikel/31200/67-filem-bersa... https://gempak.com/berita-terkini/55-filem-berenta... https://www.malaysiakini.com/hiburan/582120 https://www.youtube.com/watch?v=ZfSpDqi3Jkc&t=142s https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/06/592074/ffm31... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/727954/tangg...